Majlis Penghargaan kepada Atlet dan Persatuan Lawan Pedang Negeri Melaka telah diadakan pada hari ini 19 September 2024. Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengerusi PERTAM iaitu YB. Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Pegawai-pegawai Kanan PERTAM dan kakitangan yang terlibat secara langsung dengan SUKMA XXI Sarawak 2024. Dalam majlis tersebut PERTAM sebagai Jabatan Angkat bagi acara lawan pedang telah memberi sedikit sumbangan kepada Atlet-atlet yang telah memenangi pingat dan kepada Persatuan Lawan Pedang Negeri Melaka. Pasukan Lawan Pedang Negeri Melaka telah memenangi sebutir pingat emas, sebutir pingat perak dan tiga pingat gangsa.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perarakan Maulidur Rasul Tahun 2024
Dengan seramai 25 anggota, PERTAM telah menyertai perarakan Maulidur Rasul tahun 2024 bertempat di Stadium Tun Fatimah. Kontijen PERTAM diketuai oleh En. Abd. Aziz bin Haji Ali. YBhg. Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM turut menyertai perarakan tersebut.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri Pentadbiiran Kerajaan Negeri Melaka MAPAN 2024
Pada 12 September 2024 bertempat di Hatten Hotel berlangsung Majlis Anugerah Perkhidmatan Awam Negeri Pentadbiiran Kerajaan Negeri Melaka MAPAN 2024. Warga PERTAM yang turut menerima penganugerahan tersebut ialah Puan Siti Nur Ain binti Muhammad, Puan Azlina binti Md. jani, Encik Yushasrin binti Abu Kasim, Puan Siti hawa binti Mansur dan puan Hjh. fauziah binti Ahmad. Tahniah diucapkan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Tahun ini genablah 32 tahun Tuan Haji Mohd Darus bin haji Salam berkhidmat dengan PERTAM. Bagi meraikan persaraan beliau, PERTAM hari ini telah mengadakan satu majlis bagi mengenang dan memberi penghormatan buat kali terakhir kepada beliau. Seluruh Warga PERTAM mengucapkan selamat maju jaya, jaga diri dan semoga Tuan Haji Mohd Darus diberi kesihatan yang baik. TERIMA KASIH Tuan Haji Mohd Darus bin Haji Salam atas sumbangan dan perkhidmatan yang telah diberikan kepada PERTAM.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti