Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PERTAM
2 September 2022:
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PERTAM yang berlangsung di Seri Bendahara yang telah dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
19 August 2022:
Majlis Bacaan Yassin Perdana dan Doa Kesyukuran serta Solat Jenazah atas pemergian Allahyarhamah Toh Puan Datuk Seri Utama Dato’ Zurina Binti Kassim yang telah dilansungkan di Masjid Al-Azim. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira Dr. Hajah Asmah Binti Ab. Rahman serta diiringi oleh YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
30 May 2022:
Majlis Jamuan Hari Raya Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Melaka yang telah diadakan di MITC pada 28 Mei 2022. Gerai PERTAM yang turut dikunjungi oleh Tetamu-Tetamu Terhormat. Majlis ini turut dihadiri oleh TYT dan Tetamu Kehormat yang lain. Majlis bermula dari jam 2.00 petang dan berakhir lewat petang. Pelbagai juadah yang telah disediakan dan kanak-kanak serta tetamu yang hadir juga telah diberi duit raya oleh TYT dan Tetamu-tetamu kehormat pada majlis tersebut.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
23 May 2022:
Majlis Rumah Terbuka anjuran JAPERUN Bukit Katil / PERTAM yang telah diadakan di Kompleks JAPERUN Bukit Katil berjaya dan telah dihadiri oleh rakyat yang berbilang kaum. Majlis tersebut turut dihadiri oleh tetamu kehormat seperti TYT, Ketua Menteri Melaka, EXCO Melaka dan ketua-Ketua Jabatan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Rumah Tertutup Sempena Hari Raya Aidil Fitri
20 May 2022:
Rumah Tertutup Sempena Hari Raya Aidil Fitri. Terima kasih YB. Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali CEO PERTAM yang begitu sporting dalam melayan kerenah kakitangan PERTAM. Bagi kakitangan PERTAM hari ini merupakan hari yang tidak akan kami lupakan buat selama-lamanya.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan Kerja ke Amerika Syarikat (USA)
10 May 2022:
Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM YB. Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali bersama dengan Perdana Menteri serta menteri-menteri yang berkaitan melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat (USA) selama seminggu. Semoga lawatan tersebut akan beroleh kejayaan untuk negera dan PERTAM amnya.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Bacaan Yassin dan Tazkirah
22 April 2022 :
Majlis Bacaan Yassin dan Tazkirah ringkas yang telah disampaikan oleh Ustaz Wan Mohd Fakharurazi bin Abdul Karim Guru Takmir Jabatan Agama Islam Melaka yang turut dihadiri oleh YB. Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali Ketua Pegawai Eksekutif, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan PERTAM. Semoga PERTAM dan kakitangan PERTAM dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT didunia dan diakhirat..amin.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Let’s Read Together For 10 Minutes’ peringkat Negeri Melaka
21 April 2022 :
Pada pagi ini PERTAM telah menyahut seruan Kerajaan Negeri bagi menyertai program jom baca bersama untuk 10 minit ‘Let’s Read Together For 10 Minutes’ peringkat Negeri Melaka tahun 2022.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PERTAM Bil.1/2022
20 April 2022 :
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PERTAM Bil.1/2022 yang diadakan pada 19 April 2022 (Selasa) telah dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Pembangunan Hartanah PERTAM
19 April 2022 :
Mesyuarat Pembangunan Hartanah PERTAM yang telah dipengerusikan oleh Datuk Rospandi bin Leman Timbalan Pengerusi PERTAM. Mesyuarat ini juga turut dihadiri oleh YB. Sanator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM bersama-sama dengan pegawai kanan PERTAM.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti