Mesyuarat Pre Council Ahli Lembaga Pengarah PERTAM
14 April 2022 :
Mesyuarat Pre Council Ahli Lembaga Pengarah PERTAM yang turut di hadiri oleh Datuk Rospnadi bin Leman Timbalan Pengerusi PERTAM dan YB. Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM bersama dengan pegawai-pegawai kanan PERTAM.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis perjumpaan PERTAM dan PKNM bersama dengan penduduk-penduduk Kampung Tersusun Bemban, Bandar Jasin Bestari
13 April 2022 :
Majlis perjumpaan PERTAM dan PKNM bersama dengan penduduk-penduduk Kampung Tersusun Bemban, Bandar Jasin Bestari bagi memberi taklimat tentang perancangan pembinaan infrastruktur di Kg. Tersusun Bemban. Majlis ini turut dihadiri oleh YAB. Datuk Hassan bin Abd. Rahman, Pengerusi Penyelaras JAPERUN DUN Bemban dan YB. Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM yang diadakan di Kompleks JAPERUN DUN Bemban.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Pengurusan PERTAM Bil. 1/2022
07 April 2022 :
Hari ini YB. Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan PERTAM Bil. 1/2022 yang turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Unit.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Bahagian Pembangunan
06 April 2022 :
Hari ini YB. Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali Ketua Pegawai Eksekutif mempengerusikan mesyuarat Bahagian Pembangunan yang mana turut dihadiri oleh Ketua Unit Tn. Haji Mohd Darus bin Haji Salam dan Jurutera En. Yushasrin bin Abu Kassim.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Pentadbiran
05 April 2022 :
Buat pertama kali selepas PKP akibat Covid-19 Mesyuarat Pentadbiran dibuat secara bersemuka dengan mengikut SOP dan ianya telah dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Mesyuarat Unit Kewangan
05 April 2022 :
YB Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali Ketua Pegawai Eksekutif PERTAM sedang mempengerusikan mesyuarat unit Kewangan. Ini adalah mesyuarat yang pertama untuk tahun ini dibuat secara bersemuka setelah kerajaan membenarkan mesyuarat diadakan secara bersemuka dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan Oleh Pembeli PERTAM ke Rumah Jualan di Taman Lesung Batu Emas, Lesung Batu, Alor Gajah
11 Mac 2022 :
Unit Pemasaran PERTAM bersama dengan pihak pembeli melihat-lihat keadaan dan rekabentuk rumah di Taman Lesung Batu Emas, Lesung Batu, Alor Gajah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan Tapak Oleh Unit Kejuruteraan PERTAM bersama TNB dan PKNM di Tapak Kampung Tersusun BJB
9 Mac 2022 :
Hari ini Unit Kejuruteraan berada di Tapak Kampung Tersusun Bandar Jasin Bestari (BJB) bersama-sama dengan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Juruperunding membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan Infrastruktur Kg. Tersusun.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan Unit Pembangunan ke Contoh Konsep Pembangunan
17 Februari 2022 :
Lawatan Unit Pembangunan ke Contoh Konsep Pembangunan yang telah dijalankan dan PERTAM akan menggunakan konsep seperti ini untuk bangunkan tanah di Bukit Katil dan Bukit Lintang.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Bacaan Doa Selamat Sebelum Memulakan Tugas
07 Februari 2022 :
Bermula hari ini setiap hari Isnin jam 8.45 pagi akan diadakan majlis bacaan doa selamat sebelum memulakan tugas. Bacaan doa selamat ini akan dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan PERTAM. Bacaan doa selamat akan dibawa secara bergilir-gilir. Semoga dengan berkat bacaan doa ini akan mempereratkan lagi silatulrahim antara pegawai dan kakitangan serta PERTAM diberi rahmat dan keredhaan oleh Allah SWT..amin.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti