• Taman ini dibangunkan pada tahun 1992 di atas tanah seluas 28.2 ekar didalam kawasan bandar Melaka yang terletak di Peringgit, Daerah Melaka Tengah, Melaka. Ini merupakan projek pembangunan perumahan yang pertama dijalankan oleh PERTAM untuk bumiputra ditengah-tengah bandar Melaka.
  • Taman Seri Cempaka terdiri daripada: 1) Rumah Teres - 151 unit 2) Rumah Berkembar - 32 unit 3) Rumah Sesebuah - 29 unit 4) Kedai/Pejabat - 26 unit

  • Taman Seri PERTAM dibina di Ayer Tawar, Merlimau, Daerah Jasin, Melaka. Projek dibangunkan pada tahun 1998 atas tanah seluas 30 ekar. Taman ini mengandungi 3 fasa iaitu fasa 1, fasa 2, dan fasa 3A.
  • Taman Seri PERTAM Ayer Tawar Merlimau ini dibangunkan dengan perumahan seperti berikut : 1) Rumah Teres - 214 unit 2) Kedai / Pejabat - 5 unit

  • Projek perumahan Taman Paya Rumput Indah ini dibangunkan pada tahun 2002 di atas tanah seluas 104.877 ekar. Bersebelahan taman ini adalah lebuhraya AMJ yang menjadi laluan utama dari Simpang Ampat (Tol Lebuhraya Utara-Selatan) ke Bandar Melaka dan ke Bnadar Muar, Johor Darul Takzim.
  • Taman Paya Rumput Indah ini mempunyai: 1) Unit kediaman - 482 unit 2. Kedai/Pejabat - 26 unit

  • Projek perumahan Taman Murai Jaya ini dibangunkan pada tahun 2005 di atas tanah seluas 32.6 ekar di Mukim Durian Tunggal, Daerah Alor Gajah, Melaka.
  • Taman Murai Jaya ini terdiri daripada perumahan seperti berikut: 1) Rumah Teres Kos Sederhana - 219 unit 2) Kedai/Pejabat - 81 unit

  • Projek perumahan Taman PERTAM Jaya di Mukim Padang Temu, Semabok ini dibangunkan pada tahun 2007 di atas tanah seluas lebih kurang 93.3 ekar.
  • Taman PERTAM Jaya dibangunkan dengan pembangunan seperti berikut: 1) Rumah Teres 2 Tingkat - 839 unit 2) Kedai/Pejabat - 81 unit

  • Projek pembinaan Taman Permatang Ilmu dimulakan pada tahun 2003 di atas tanah seluas 3.93 ekar di Mukim Kuala Sungai Baru, Daerah ALor Gajah, Melaka. Kedudukan taman ini berhampiran dengan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
  • Taman Permatang Ilmu mengandungi: 1) Rumah Teres Setingkat - 16 unit 2) Rumah Teres Berkembar - 8 unit

  • Pangsapuri ini dimulakan pada tahun 2015 dan siap sepenuhnya pada tahun 2019. Mengandungi 4 blok yang berkeluasan 1000 kp. Taman PERTAM Jaya Idaman ini berhampiran dengan pusat bandaraya dan ianya dibangunkan di atas tanah seluas 7.56 ekar di Mukim Padang Temu, Semabok, Daerah Melaka Tengah, Melaka.
  • Pangsapuri PERTAM Jaya Idaman mengandungi: 1) 432 unit pangsapuri 2) Kedai / Pejabat - 8 unit

  • Pembinaan pasaraya Mydin dimulakan pada tahun 2009 di atas tanah yang berkeluasan 15 ekar. Pasaraya Mydin Bandar Jasin Bestari merupakan pasaraya terbesar di Daerah Jasin. Ianya memberi keselesaan kepada pelanggan yang mengunjungi pasaraya MYDIN kerana terdapat kemudahan seperti tempat meletak kenderaan yang luas lagi selesa.

  • Projek membina lot-lot banglo ini adalah merupakan projek awal di Bandar Jasin Bestari, Mukim Ayer Panas, Bemban, Daerah Jasin, Melaka iaitu Fasa 1. Ianya dijalankan di atas lot PT 8536 & PT 8540 yang berkeluasan 66.33 ekar. Kerja-kerja dimulakan pada tahun 2011.
  • Jumlah lot banglo yang dibina di atas tanah tersebut berjumlah 307 unit yang berkeluasan 5000 kp hingga 8000 kp.

  • Pembinaan projek dimulakan pada pertengahan tahun 2012 dengan membina unit kedai/pejabat di atas tanah seluas lebih kurang 53 ekar di Mukim Ayer Panas, Bemban, Daerah Jasin, Melaka. Pembinaan projek ini juga dibina di atas tanah lot 8536 & PT 8540 seluas 14.3 ekar.
  • Taman Bandar Jasin Bestari Seksyen 2 ini terdiri daripada: 1) Kedai / Pejabat - 285 unit 2) Kedai / Pejabat 2 tingkat dan 3 tingkat - 22 unit

  • Taman Bandar Jasin Bestari Seksyen 3 ini dibina pada tahun 2012 di atas tanah lot 8539 yang berkeluasan sebanyak 34 ekar di Mukim Ayer Panas, Bemban, Daerah Jasin, Melaka.
  • Taman Bandar Jasin Bestari Seksyen 3 ini terdiri daripada jenis-jenis perumahan berikut : 1) 165 unit rumah teres 1 tingkat. 2) 121 unit rumah teres 2 tingkat. 3) 30 unit kedai pejabat 3 tingkat 4) 65 unit kedai pejabat 2 tingkat

  • Projek membina dan menyiapkan Taman Banjar Jasin Bestari Seksyen 4 ini dimulakan pada tahun 2012 di atas tanah lot PT 8358 yang berkeluasan 43.9 ekar di Mukim Ayer Panas, Bemban, Daerah Jasin, Melaka.
  • Taman Bandar Jasin Bestari Seksyen 4 ini terdiri daripada : 1) Rumah Banglo 1 Tingkat - 45 unit 2) Rumah Banglo 2 Tingkat - 45 unit 3) Kedai / Pejabat - 54 unit

  • Pembinaan dilaksanakan pada tahun 2013 di atas tanah yang berkeluasan 24 ekar di Mukim Ayer Panas, Bemban, Daerah Jasin, Melaka. Keseluruhan pembinaan adalah berkonsepkan rumah banglo.
  • BJB Height Residence mengandungi 133 unit rumah banglo yang bercorak moden dengan kemudahan seperti pondok pengawal dan 1 unit rumah kelab 2 tingkat.

  • Projek ini dimulakan pada tahun 2014 dan kerja-kerja pembinaan untuk fasa 2 ini selesai dilaksanakan pada tahin 2018. Mengandungi 10 blok kedai / pejabat yang dibina di atas tanah seluas 9.45 ekar di atas lot PT 8748, Mukim Ayer Panas, Bemban, Daerah Jasin, Melaka.
  • Plaza Bestari mengandungi: 1) Kedai Pejabat Serata - 114 unit 2) Kedai / Pejabat 3 tingkat - 2 unit 3) Kedai / Pejabat 2 tingkat - 26 unit

  • Projek ini dimulakan pada tahun 2016 dengan memberi keutamaan kepada penjawat awam yang memerlukan kediaman yang lebih selesa. Pembinaan rumah teres kos sederhana 1 tingkat yang berbentuk tradisional dan moden. Ianya dibina di atas tanah seluas 83 ekar.
  • Taman Bandar Jasin Bestari Seksyen 5 dibangunkan dengan pembinaan seperti berikut : 1) Rumah Teres Kos Sederhana Setingkat Berbentuk Tradisional - 264 unit 2) Rumah Teres Kos Sederhana Setingkat Berbentuk Moden - 282 unit 3) Kedai / Pejabat - 16 unit

  • Pangsapuri ini mula dibina pada tahun 2016 di atas tanah yang berkeluasan 8.3 ekar di Mukim Ayer Panas, Bemban, Daerah Jasin, Melaka. Bersama-sama pangsapuri ini dibina juga sebuah surau, dewan serbaguna dan taman permainan.
  • Pangsapuri Mampu MIlik ini terdiri daripada 2 blok bangunan 7 tingkat dan mengandungi 320 unit kediaman yang berkeluasan 1042 kp.

Projek Tanaman Rumput Napier

  • Projek ini telah dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan, pembajakan dan pengemburan tanah pada awal bulan Februari 2023 di atas tanah seluas 57 ekar di Kuala Linggi dan Sungai Baru Ilir. Kerja-kerja penanaman telah pun dimulakan pada penghujung bulan Februari 2023.
  • Penternak-penternak lembu dan kambing di Negeri Melaka khasnya akan mendapat bekalan makanan ternakan tersebut dengan mudah dengan harga yang lebih murah. Ianya memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mendapatkan pekerjaan yang berasaskan makanan ternakan.
  • Sebanyak 7,381 tan silaj dengan nilai jualan RM 2.21 juta dijangkakan dapat diperolehi daripada tanaman napier pada tahun 2023. Napier yang ditanam akan dapat mengeluarkan hasil selama 3-4 tahun sebelum tanaman semula dilakukan.

Tanaman Jagung Manis

  • Projek membajak tanah telah dimulakan pada bulan November 2022 tetapi telah ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal. Pada bulan Disember 2022 kerja-kerja membajak telah dimulakan semula di atas tanah milik UTeM seluas 70 ekar. Kerja-kerja penanaman bermula pada bulan Februari 2023.
  • Dengan adanya bekalan jagung manis ini ianya dapat menampung permintaan untuk keperluan makanan yang diperbuat daripada jagung dan juga ianya akan diproses untuk makanan ternakan seperti makanan ayam dan sebagainya. Permintaan yang tinggi terhadap tanaman ini akan memberi impak yang besar kepada ekonomi penduduk di Negeri Melaka.

  • Tanah seluas 10 ekar di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Selandar, Daerah Jasin. Projek ini adalah projek usahasama PERTAM Services Sdn. Bhd. Dengan MNA Teraju Sdn. Bhd. @ Syarikat bersekutu Teraju Agro Venture Sdn. Bhd
  • Memastikan tanaman dibuat mengikut jadual dan dijaga dengan baik untuk dapatkan hasil tuaian yang banyak dan bermutu tinggi. Pembahagian unit syer sebanyak 70% kepada PERTAM Services Sdn. Bhd. dan jangkaan pulangan pada tahun ketiga pengoperasian.

  • Di bawah Falah Helthcare And Wellness Sdn. Bhd. Pusat Hemodialisis Bukit Katil, Melaka adalah yang kedua selepas yang pertama di Bandar Jasin Bestari
  • Pusat Hemodialisis ini dijangka akan mula beroperasi pada bulan Ogos 2024. Dengan adanya pusat dialisis ini akan memudahkan penduduk sekitar Bukit Katil khasnya dan penduduk negeri Melaka amnya untuk mendapatkan rawatan buah pinggan dengan kadar harga yang lebih rendah dan berpatutan

  • Di bawah Falah Helthcare And Wellness Sdn. Bhd. Pusat Hemodialisis Bandar Jasin Bestari yang pertama akan dibuka di Bandar Jasin Bestari, Mukim Ayer Panas, Jasin, Melaka.
  • Pusat Hemodialisis ini dijangka mula beroperasi pada penghujung bulan Februari 2024. Dengan adanya pusat dialisis ini akan memudahkan penduduk sekitar khasnya dan penduduk negeri Melaka amnya untuk mendapatkan rawatan buah pinggan dengan kadar harga yang rendah dan berpatutan.

Taman Lesung Batu Emas di Alor Gajah, Melaka

  • Keluasan 50’x 90’ (5400kps)
    Keluasan binaan 28’x 60’ (1680kps)
    4 bilik tidur dan 2 bilik air
    3km dari Bandar Alor Gajah
    22km dari Bandar Melaka
  • Harga dari Rm350,800.00
  • Link video boleg didapati di pautan : https://vt.tiktok.com/ZS8oLFU7M/

Taman Intekma, Mukim Lendu, Daerah Alor Gajah, Melaka.

  • Rumah teres 2 tingkat
    Keluasan 20’ X 70’
    4 Bilik & 3 Bilik air
    Siap dengan grill, kipas & lampu
    9 Unit sahaja
  • Khas Bumiputera
    Hak milik kekal
    Lulus dengan CFO/CCC
    Lokasi berhampiran UiTM Lendu
  • Harga dari RM260 Ribu sahaja
  • Link video boleh didapati di pautan : https://vt.tiktok.com/ZS8oLNeWj/
PAUTAN KERAJAAN
TOP