PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتوه
Saya memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH S.W.T. kerana dengan limpah kurnia Rahmat dan RahimNya dapatlah Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) merangka pelan perancangan pembangunan dalam Laman WEB PERTAM. Saya yakin PERTAM perlu mempunyai Laman WEB sendiri yang akan menjadi penanda aras dan hala tuju jabatan untuk sesuatu tempoh tertentu. lanya juga merupakan komitmen dan inisiatif pihak pengurusan dalam mencapai kecemerlangan PERTAM. Laman WEB ini dilaksanakan melalui proses penetapan halatuju bagi mengenal pasti isu-isu dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti semasa serta strategi-strategi pembangunan ke arah pencapaian Visi, Misi dan Fungsi yang disasarkan.
Semoga segala yang dirancangkan dalam Laman WEB ini akan memperolehi keberkatan dan keizinan ALLAH S.W.T. agar ianya dapat direalisasikan dan memberi manfaat serta kesejahteraan kepada stake holders, pelanggan dan warga PERTAM itu sendiri. Laman WEB ini tidak mungkin dapat dijayakan tanpa adanya sokongan dan kerjasama daripada semua pihak. Sehubungan itu, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak, khasnya kepada pihak MICTH yang telah banyak memberi bimbingan dan khidmat runding dalam membantu PERTAM dalam menghasilkan Laman WEB PERTAM ini. Semoga usaha murni ini akan diberkati ALLAH S.W.T.
Sekian, terima kasih.
YBHG. DATUK MOHD RIDHWAN BIN MOHD ALI
Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka