PERUTUSAN PENGERUSI

YAB. DATUK SERI AB RAUF BIN YUSOHKetua Menteri Melaka Merangkap Pengerusi PERTAM

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتوه

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan rahmatNya, Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) telah berjaya menghasilkan Laman WEB sendiri. Laman WEB ini adalah sangat penting kepada PERTAM khasnya dan kerajaan negeri amnya dalam menerajui pembangunan Tanah Adat di Melaka. Dengan adanya Visi, Misi dan Fungsi yang jelas, warga PERTAM sudah pasti boleh melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif serta terancang.

Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan  kepada  PERTAM  yang  begitu agresif  dalam membangunkan  tanah-tanah di Melaka  khususnya  Tanah  Adat Melaka.  Ini merupakan  satu  inisiatif  yang  amat  baik selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka dalam meneruskan pembangunan Melaka Maju Jaya Menjelang 2035. Semoga usaha seperti ini dapat menjadi contoh kepada agensi-agensi kerajaan yang lain di negeri Melaka untuk  menggembeleng usaha bersama kerajaan negeri demi keperluan dan kepentingan rakyat  dalam  menawarkan  rumah-rumah mampumilik  terutamanya  kepada  bumiputera.

Selain  daripada  itu, saya  menyeru  PERTAM  untuk menjalinkan hubungan  yang  erat  dengan  lain-lain jabatan, syarikat swasta, badan bukan kerajaan dan komuniti di Melaka bagi mewujudkan keharmonian dan  kesejahteraan  masyarakat setempat. Akhir kata, saya berdoa agar pembangunan laman WEB PERTAM ini akan menjadikan PERTAM sebuah agensi kerajaan yang lebih efisien dan setaraf dengan agensi-agensi kerajaan dan agensi-agensi swasta yang lain yang lebih maju dalam membangunkan Visi, Misi dan Fungsi yang disasarkan

Sekian, terima kasih. Wassalam


YAB. DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH
Ketua Menteri Melaka
Merangkap
Pengerusi PERTAM

PAUTAN KERAJAAN
TOP