Pagi ini bertempat di Grand Ballroom, Aras 2, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) berlangsung Majlis Perhimpunan Pentadbiraan Kerajaan Negeri Melaka. Majlis tersebut dihadiri oleh YAB. Datuk Seri Utama Ab. Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka YB. Dato’ Azhar bin Haji Arshad dan tetamu-tetamu kehormat. Datuk Ketua Menteri Melaka telah menyampaikan amanat-amanat kepada semua penjawat-penjawat awam supaya menjalankan tugas-tugas yang telah diamanahkan dengan lebih berkesan untuk kemajuan rakyat dan Negeri Melaka.