Membangunkan atau mengusahakan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah yang berpotensi dalam sektor perumahan, perniagaan, pertanian dan perusahaan serta lain-lain.
Mengenalpasti dan merancang pelbagai projek pembangunan yang melibatkan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah di dalam sektor utama untuk dimanfaatkan kepada orang Melayu dan pembangunan negeri Melaka secara keseluruhannya.
Membangun dan memajukan Tanah Adat Melaka dan lain-lain jenis tanah yang telah dikenalpasti berpotensi dan mempunyai nilai komersial.
Memberikan sokongan dan bantuan di dalam bentuk khidmat nasihat dan usahasama dengan tuan tanah yang memiliki Tanah Adat Melaka bagi membolehkan mereka menikmati pulangan pembangunan ke atas tanah tersebut.
Melaksanakan usahasama dengan pihak memajukan tanah-tanah yang dikenalpasti untuk dibangunkan.
Menjadikan PERTAM sebagai sebuah agensi kerajaan yang berdaya saing melalui kekukuhan, kemantapan dan kestabilan kedudukan kewangan.