1. Tempoh menunggu oleh pelanggan yang berurusan dengan PERTAM tidak mellebihi 5 minit bagi mendapat perkhidmatan yang diperlukan
  2. Memproses dan membuat keputusan untuk tawaran sebutharga atau tender dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh tawaran berkenaan ditutup
  3. Memberi maklumbalas dalam tempoh 30 hari bekerja kepada tuan tanah mengenai keputusan sesuatu cadangan usahasama.
  4. Memaklumkan keputusan pelantikan sebagai Panel Juruperunding PERTAM dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PERTAM;
  5. Setiap permohonan pembelian unit kediaman dan komersil dimaklumkan keputusannya dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima;
  6. Menyempurnakan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pengesahan bil dan sijil;
  7. Menjawab surat menyurat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan;
  8. Menjawab panggilan telefon tidak melebihi 3 kali deringan dengan layanan mesra.
PAUTAN KERAJAAN
TOP