PERUTUSAN PENGERUSI
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتوه
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan rahmatNya, Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM) telah berjaya menghasilkan Laman WEB sendiri. Laman WEB ini adalah sangat penting kepada PERTAM khasnya dan kerajaan negeri amnya dalam menerajui pembangunan Tanah Adat di Melaka. Dengan adanya Visi, Misi dan Fungsi yang jelas, warga PERTAM sudah pasti boleh melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif serta terancang.
Dikesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PERTAM yang begitu agresif dalam membangunkan tanah-tanah di Melaka khususnya Tanah Adat Melaka. Ini merupakan satu inisiatif yang amat baik selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka dalam meneruskan pembangunan Melaka Maju Jaya Menjelang 2035. Semoga usaha seperti ini dapat menjadi contoh kepada agensi-agensi kerajaan yang lain di negeri Melaka untuk menggembeleng usaha bersama kerajaan negeri demi keperluan dan kepentingan rakyat dalam menawarkan rumah-rumah mampumilik terutamanya kepada bumiputera.
Selain daripada itu, saya menyeru PERTAM untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan lain-lain jabatan, syarikat swasta, badan bukan kerajaan dan komuniti di Melaka bagi mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat setempat. Akhir kata, saya berdoa agar pembangunan laman WEB PERTAM ini akan menjadikan PERTAM sebuah agensi kerajaan yang lebih efisien dan setaraf dengan agensi-agensi kerajaan dan agensi-agensi swasta yang lain yang lebih maju dalam membangunkan Visi, Misi dan Fungsi yang disasarkan
Sekian, terima kasih. Wassalam
YAB. DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH
Ketua Menteri Melaka
Merangkap
Pengerusi PERTAM